Isnin, 16 Mei 2016

PUISI

PERMATA KU 

Sayang..
Ibu amat menyayangi mu
Kaulah satu-satunya permata ibu yang
tidak ternilai harganya
Kasih ibu tak dapat
ku ungkapkan dengan kata-kata 
Begitu agung dan suci,
sesuci embun di pagi hari 
 
Tika ibu berduka... 
Kau seakan-akan mengerti 
apa yang terbuku dihati ibu 
Air mata ibu kau oles dengan jemari mu 
Senyuman lara ibu dapat kau rasai 
Sungguh kau amat dekat di hati ibu 
Kau amat fahami ibu 

Sayang... 
Kau begitu kecil untuk fahami ibu, 
Tak apa sayang.. 
Ibu masih ada kekuatan 
Kekuatan yang luar biasa 
Kekuatan yang ibu perolehi darimu sayang 
Ibu janji sayangku... 
Ibu akan senantiasa tabah demi mu, 
Ibu kuat..ibu cekalkan hati 
Agar kau sentiasa bahagia di sisi ibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan