Khamis, 12 Mei 2016

Pantun



Mari berpantun

Memakai baju berwarna merah
Berseluar hitam bertopi ungu
Luka di tangan nampak berdarah
Luka di hati siapa yang tahu?

Manis sungguh madu lebah
Madu lebah dari seberang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hati orang.

Cahaya bulan diliputi awan
Dipuput bayu awan berlalu
Hasrat hatiku padamu tuan
Malang diriku tuan tak tahu

Payang retak tali bersimpul
Kendi lokan airnya tumpah
Hidup tidak kerana kaul
Mati bukan kerana sumpah

Sebelum masuk ketuklah pintu
Pintu rumah ibu Si Tanggang
Adat di dunia memang begitu
Benda buruk tidak dipandang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan