RINDU OPAH
Dicium-cium beberapa kali.Dibelai dengan kasih sayang.Pemberian itu amat bermakna baginya.Tidak boleh disentuh orang lain selain dia.Ke mana saja akan dibawa, ke sekolah ke bilik ma
ndi dan ketika tidur.Jelas terpancar di wajahnya kesuraman jika sedetik pun benda itu lupa di mana di simpan.Menangis sepanjang hari.Merajuk.Makan tidak mahu, hanya berkurung dalam kamar nya itu.Itulah teman,itulah kawannya sejak opahnya meninggal dunia.
"Ani sayang kamu Dolly,"bisiknya.
"Opah tak ada, Ani takda teman,"bisiknya lagi.
Seakan-akan Dolly faham akan apa yang diluahkannya.Menitis air matanya.Rindunya bertandang lagi.Tidak siapa yang tahu.Ibu sibuk.Ayah pun sibuk.Awal pagi pergi ke bendang.Lewat senja baru balik.
Hanya kakak sahaja yang menemaninya di rumah.Abangnya pula belajar dan tinggal di asrama penuh.
Tiga minggu yang lalu.Sekali sekala kedengaran batuk-batuk kecil dari satu kamar itu.Dia kehairanan kenapa opah baring saja. Ada masanya Ani curi-curi masuk ke kamar opah.Baring ditepi opah dan berbual-bual dengan opah.Opah tidak seperti selalu.Jika dulu opah rajin ke kebun.Bila ditanya, ibu pula berasa sedih.Tapi kesedihan itu ditutup dengan senyuman pahit dari ibu.
"Ani sayang opah tak?"soal ibu.
" Sayang."jawabnya.
"Jangan ganggu opah tau,opah nak rehat,"kata ibunya.
Jika dulu sebelum opah pergi, ke mana sahaja opah pergi Ani akan menemani opahnya.Ke pasar, ke bendang dan lain-lain tempat.Di mana ada opah disitulah ada Ani.Keakraban Ani dengan opahnya memang tak dapat dipisahkan.Malahan tidur malam pun dengan opah.Sebelum tidur opah menceritakan kisah-kisah dongeng kepadanya.Kisah hidup yang bertauladan.Ketika makan disuapkan oleh opah.Mandi pun opah yang bagi.
Suatu ketika opah mengajak Ani menemaninya ke pekan.Ani amat berkenaan dengan anak patung mainan.Opah belikannya satu.Ani berasa amat gembira.Ani sayang opah.Opah pun sayang Ani.
"Nanti bila dah besar,belajar rajin-rajin tau.Macam abang kamu Haris.Sekarang Haris belajar di Kuala
Lumpur,"ujar opah.
"Baik opah," jawabnya ringkas.
"Nanti bila Ani dah besar, Ani mahu jadi doktor.Boleh jaga opah bila opah sakit,"katanya.
"Ingat janji tu,belajar bersungguh-sungguh,"jawab opah.
Pagi itu, ketika di sekolah.Ani tidak dapat menumpukan perhatian dalam sesi pembelajaran.Hatinya resah, gelisah dan tidak tenteram.Pandangannya kosong ke atas apa yang ditulis oleh Cikgu Siti di papan hitam.Fikirannya melayang entah ke mana.
"Aku mau balik rumah,tinggal satu masa lagi untuk tamat,"bisik hatinya.
Jelas sekali kerisauan di mukanya.Malam tadi ibunya tidak tidur.Opah sakit tenat.Ada juga jiran tetangga yang datang ke rumah.Ayah pun risau.Muram di wajah ayahnya.Jam di dinding menunggu masa untuk cukup untuk pembelajaran hari itu.Seakan-akan masih panjang waktunya.
KRIIINNNGGGGG.
Loceng pun berdering.Lamunan terhenti dengan tiba-tiba.Cepat-cepat disimpan buku dan alat tulis ke dalam beg sekolah.Lantas digalas dan berlalu pergi ke luar kelas.Langkahnya laju.Rumahnya hanya satu kilometer dari sekolah.Sekolah pedalaman katakan.Murid-muridnya terdiri daripada anak-anak orang kampung yang tinggal di sekitarnya sahaja.Boleh dikatakan ramai juga kerana sekolah itu dibina di kampung itu.
Sampai di rumah ,kelihatan ramai orang berdiri di halaman rumahnya.Rupa-rupanya opah telah pergi untuk selamanya.Kelihatan kesunggulan di raut wajah ayah dan ibunya.Air mata jernih mengalir di hujung kelopak mata ibunya menandakan betapa pilunya hati ibunya.Ayahnya kelihatan lebih tabah.Tak putus ayahnya menerima ucapan takziah daripada kalangan orang yang ada di situ.
Lantas dengan secepatnya Ani menjejakkan kaki dalam rumah.Beg sekolah yang digalas tidak sempat dilepaskan.Di peluk erat badan opah,di cium dengan penuh kasih sayang dahi opahnya seakan-akan tidak mahu dilepaskan.Air mata Ani mengalir deras,sederas air pasang pagi, sekuat hujan lebat, sehebat air terjun membasahi pipi mulus anak kecil itu.Hujan pun dengan tiba-tiba turun dengan lebatnya seakan-akan tahu bagaimana perasaan yang dialami Ani.
"Ani sayang opah.....,"rintih si anak kecil itu.
"Ani, opah pun sayang Ani.Mari kita sama-sama mendoakan opah agar opah tenang di sana, " pujuk ibunya.
Di peluk erat si Dolly.Seakan-akan Dolly pengganti opahnya.Segala masalah diluahkan pada Dolly.Tidur malam Dolly dalam perlukan.Tangisan kerinduan hanya Dolly sahaja sebagai tempat mengadu.Ibunya amat faham apa yang dialami Ani.Sungguh anak kecil itu amat merindui opahnya.Ketika malam pun memanggil-manggil opahnya.Mengigau tiap-tiap malam.Risau ibu dibuatnya.Dipeluk ibunya dengan erat untuk menenangkan jiwa Ani.
Hari bersilih ganti, dari tahun ke tahun, kehidupan diteruskan.Ani pun semakin dewasa.Ani berjaya dalam pelajaran.Kini, Ani menjadi seorang doktor.Alangkah indahnya jika opah masih hidup, betapa gembiranya opah melihat cucu kesayangannya berkerjaya macam sekarang.
"Ibu, kalau opah masih ada,pasti dia amat gembira dengan kedatangan Ani,"kata Ani
"Doakan yang baik-baik untuk opah Ani.Kau tu dah besar, dah berjaya pun,"tanya ibunya.
Dolly disimpan dalam hati Ani.Entah macamana Dolly hilang dibawa kucing entah ke mana.Siang malam Ani menangis, barang yang paling Ani sayang tidak ditemui.Pembelian opah untuknya satu tika dahulu.Teringat saat itu membuat hati Ani sayu.Sampai bila-bila Ani takkan lupa akan opah.Menitis air mata Ani.Rindu bertandang lagi.Rindu yang teramat sangat.Tiap-tiap hujung bulan jika ada kesempatan Ani balik ke kampung menjenguk ibu dan ayahnya di kampung.Kakaknya pula bekerja di luar negara.Abang nya bekerja di Pahang.Masing-masing sudah berkerjaya dan berkeluarga.Setiap tahun mereka betemu muka di kampung sempena Hari Raya.
Ibu dan ayahnya kini dimamah usia.Puas Ani memujuk mempelawa mereka berdua supaya tinggal dengan Ani di Kuala Lumpur, tetapi mereka tidak sudi.Mereka lebih suka dengan kehidupan di kampung ,menternak ayam, kambing dan berkebun secara kecil-kecilan.Sesiapa sahaja memang tidak betah untuk tinggal di kota.Terutamanya orang tua.Ya, itu memang tidak dapat dinafikan.Kehidupan di kampung lebih damai, sunyi, aman, tenang dan jauh dari kesibukan kota.
Kedengaran kicauan unggas-unggas di pohon kelapa.Tika malam menjelma, cengkerik-cengkerik dan kelip-kelip malam menghiasi ruang malam.Tenangnya jiwa, menggamit memori lalu ,mengimbau kenangan yang dulu.Pilu lagi,mengenangkan opah yang telah tiada,hanya doa dapat diberikan agar damainya opah di sana.ANI RINDU OPAH.....